dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Mahir Masak Sls - Edisi Aidiladha : Daging Masak Ros & Kuih Bongkong

22 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mei 2026, telah berlangsung MAHIR MASAK SLS - EDISI AIDILADHA : DAGING MASAK ROS & KUIH BONGKONG. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang program ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan bahan mentah serta kuantiti bagi resepi Daging Masak Ros seperti Daging batang pinang 1 kg, pati santan 350ml dan sebagainya. Selain itu, Guru MAHIR menerangkan cara penyediaan seperti panaskan minyak, masukkan bawang besar hiris dan goreng sehingga layu, tambahkan air, sup tomato dan pati santan dan sebagainya. Antra lain, Guru MAHIR menerangkan bahan serta kuantiti bagi resepi Kuih Bongkok seprti tepung beras, garam air, santan pekat dan sebagainya. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan cara penyediaan seperti campurkan gula melaka dan gula pasir , gaul sama rata, campurkan tepung beras dan garam, tapis adunan ke dalam periuk, letak daun pandan dan sebagainya.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta cara membuat Daging Masak Ros & Kuih Bongkong. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.